Aku Muhammad Hilmi
Salam & selamat sejahtera,
Dah lama gak aku nak buat satu blog khas berkaitan “internet marketing” dalam bahasa melayu. “Khas” untuk perniagaan online yang tak berapa lama aku ceburi. Banyak yang nak aku kongsi, bagitau & memberitahu (ayat cam sama jek)
kat sini nanti.. hehehe
Blog aku yang utama, Blog for Profit dah online hampir 2 tahun. Alhamdulillah, dah banyak gak berjasa kat aku blog tuh. Pelawat harian pun dah lebih 100 unik pelawat sehari. Tapi, kali nih aku buat khas utk bahasa melayu dan semestinya tumpuan aku lebih kepada pembaca yang paham bahasa melayu. Tak kira lah korang kat mana, tapi kalo paham bahasa melayu, boleh baca dengan senang hati.
Secara peribadi, aku ukanlah berjaya sangat dalam perniagaan internet. Tetapi, bolehla dikatakan cukup makan dengan buat bisnes online nih. Cari duit online nih bukan susah sangat, tapi tak jugak senang kalo korang nak tau. Aku pun kadang-kadang masih terkontang-kanting. Macam-macam gak aku buat sekarang, affiliate, cpa, adsense, jual hosting, servis buat blog dan buat web. Cukupla untuk tampung kos hidup aku buat masa sekarang.
Kali nih aku nak fokus.. betul-betul fokus. Yup, aku nak betul-betul jadikan blog nih hanya fokus kepada blog perniagaan internet atau online atau program buat duit, cari duit online. tapi, jangan harap la aku nak cerita program “sekam” padi, skim cepat kayap ke lagi.. aku dah serik.. Dulu memang aku penah buat duit ribu-rivu la jugak sebulan dengan program-program camnih. Cukup la “dulu”. Skang aku dah beghenti, beghenti terus dah dengan program-program camtuh.
Kalo korang rasa nak sama-sama belajar dengan aku buat CPA (aku banyak fokus kat CPA & PPC skang), affiliate, adsense atau lain yang lebih terjamin pendapatan secara online.. rajin-rajin la melawat blog Aku nih. Jangan plak buat blog aku cam blog syok sendri aku jek. Aku tulis, aku sendri baca.. hahaha Wokeh.. cukup dulu pembukaan untuk blog aku nih.
Baru-baru nih aku kena tag dengan 2,3 orang webmaster yang juga rakan-rakan online ku. Kali nih aku nak tag depa plak.
Amirol Usahaniaga - Ni rakan seperjuangan aku yang banyk membantu dalam bisnes online aku. TQ Amirol kerana sering berkongsi dan sapot aku.
Catzer - Minah ni dah lama aku x kacau, silap.. x kacau aku :). bz kot dia.
Adar - Ni pun leh dikira tok guru aku gak. Banyak yang aku rujuk dari dia. Pakar gak nih. Web dia, Blogmas.com antara web yang berjaya kat malaysia. Vote blogmas.
Haq xBrain - Aku tag sebab aku x pueh hati ngan dia. Trafik web dia menggila. jaga hang, nanti aku nak lawan trafik ngan blog hang. Haq, aku terjumpa webchat hang..
Luvley - “Kool” designer. Aku amat suka design-design dia yang aku tempah. TQ.
Last,
Affuan - Otai dalam senyap nih.. hehehe

Leave a Reply