Tips Mendapat Subscriber Menggunakan Free Video

Salam semua pembaca aku,

Agak lama tak buat post baru. Hari ini nak bagi satu tips ringkas “bagaimana membuat jualan affiliate serta mengutip data email pelanggan sekaligus”.

Sebelum tuh, aku mintak maaf awal kerana cara ini aku hanya guna dengan bantuan PPC network cam adword & YSM. Kalau terer SEO, mungkin boleh dapat pelanggan secara organik terus dari enjin carian.

Okeh, camana nak buat?

  1. Buat kajian tentang tajuk serta katakunci yang ingin anda promosikan. Contoh mudah, “cara bermain gitar”. Pengalaman saya, katakunci berkaitan muzik adalah yang paling mudah untuk kita cari video-video yang berkaitan. Affiliate berkaitan alatan muzik, panduan bermain alat muzik juga agak mudah untuk kita cari. Tetapi terpulang kepada anda. Jika boleh buat video sendiri, apa-apa katakunci atau tajuk pun boleh buat.
  2. Cari video melalui youtube atau lain-lain video site yang boleh kita download. Youtube & metacafe antara site yang paling popular.
  3. Buat satu landing page beserta headline yang agak gempak skit :P.. jeng..jeng..jeng.. contoh ayat, ” Bagaimana Saya Belajar Bermain Gitar Dalam Masa 10 Hari”.
  4. Embed code video berkaitan pada landing page tersebut. Ceritakan serba sedikit berkaitan video yang anda letak.
  5. Letak borang “Opt-In” kemudian tulis ayat yang dapat mempengaruhi pelawat untuk melanggan email daripada anda. Contohnya, “Dapatkan tips-tips bagaimana saya menjadi “terer” bermain gitar hanya dalam 10 hari. PERCUMA”.
  6. Apabila pelawat mengisi borang “Opt-In” dan buat pengesahan, jangan tanguh lagi. Hantar email kepada mereka produk atau apa-apa program yang boleh mereka dapatkan untuk menjadi seperti anda. Sertakan sedikit review berkaitan produk-produk tersebut. Jangan mudah putus asa, sentiasa hantar email memberitahu produk-produk berkaitan kepada pelanggan email anda. Berkemungkinan mereka tidak berminat pada produk yang mula-mula anda tawarkan. Tetapi, mungkin pada lain kali mereka akan membeli.
  7. Jangan tanya aku lak kat mana & bagaimana nak buat borang langganan email lak. Boleh guna servis autoresponder berbayar cam aweber, getresponse atau kalau nak guna yang bayar melalui paypal, boleh guna monsterresponse.com. << Ewen Chia punya.

Kalau ada sebarang komen, leh kemukakan kat sini. Aku cuma bagi idea. Kalo buat, tapi tak menguntungkan atau tidak berhasil, jangan salahkan aku plak.

Tadaaa..

    About the Author

    Mie

    Mie

    Leave a Reply

    You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <blockquote cite=""> <code> <em> <strong>